Cart 0

6 MAKANAN UNTUK MENGATASI RADANG (Anti-Inflammation)

Seberapa banyak yang anda cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat, kadang kala badan anda mungkin memerlukan bantuan tambahan. Keradangan sedikit sebanyak menjadi gangguan dalam kehidupan dan banyak daripadanya boleh disebabkan atau diburukkan lagi oleh makanan yang anda makan. Di bawah adalah senarai makanan yang terbaik untuk memerangi keradangan bagi mendapatkan badan yang sihat dan menawan dalam masa yang singkat.

KUNYIT

Kunyit ialah makanan utama dalam mengatasi masalah keradangan. Kunyit mempunyai lebih daripada 20 bahan anti-radang, dan salah satu bahan kimia yang terbaik ialah “curcumin” terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa “curcumin ialah anti radang yang paling baik dalam mendepani  kanser dan masalah sendi seperti artritis.

COKLAT

Walaupun sesetengah daripada kita mengaitkan coklat dengan gigi manis dan ataupun kudapan, dark chocolate walaubagaimanapun adalah makanan yang bagus untuk ada kerana kandungan antioksidan yang tinggi, seperti flavonoid, serta ia mampu mengurangkan rasa stress. Apabila anda makan sekeping dark chocolate, ingatlah "lebih gelap, lebih baik,"

HALIA

Halia mempunyai satu bahan yang dikenali sebagai “gingerols” di mana ia telah terbukti mempunyai kesan anti-keradangan yang mampu membantu dalam merawat penyakit osteoartritis dan masalah keradangan yang lain. Apabila badan anda bebas dari keradangan, sel anda kini menjadi lebih sihat dan boleh menghasilkan sel baru. Sehubungan dengan itu, penghasilan sel baru dalam badan membuatkan anda tampak  muda dan segar untuk masa yang lama.

SAYUR-SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau seperti kailan, bayam, pasli dan sawi putih mempunyai kandungan vitamin dan antioksidan yang tinggi seperti flavonoid. Disebabkan sayur-sayurn hijau ini amat membantu mengatasi keradangan, ia boleh dikatakan makanan wajib yang perlu berada dalam setiap hidangan.

BUAH BERI

Strawberi, blueberry dan blackberry adalah makanan anti-keradangan yang bagus kerana mereka penuh dengan antioksidan dan pelbagai vitamin dan mineral yang memerangi kerosakan daripada radikal bebas dalam badan dan melindungi daripada penyakit. Sama seperti kunyit, beri juga boleh menjadikan badan lebih menawan. Beri boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah dalam yogurt. Justeru, kedua-dua cara penggunaannya ia adalah terbaik untuk ada.

SERBUK PENAIK (Baking Soda)

Secara teknikalnya, serbuk penaik bukan makanan, tetapi ia baik untuk melawan keradangan. Serbuk penaik membantu mengimbangkan kandungan alkali dalam darah dan tisu badan kita, dengan menambah alkali sekaligus mengurangkan asid di dalam badan. Keradangan berkurangan apabila badan lebih beralkali. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:

Tambah 1/4 sudu teh atau 1/2 sudu the serbuk penaik untuk dalam 1 liter air untuk mendapatkan kesan anti-keradangan.



Older post Newer post