Cart 0

7 Tips Hilangkan Jeragat Yang Anda Wajib Cuba. Yang Last Dijamin Berkesan.

Siapa ada masalah jeragat? Rimas kan tiap kali keluar rumah kena pakai makeup tebal untuk sembunyikan jeragat. Tiap kali pandang cermin rasa nak menangis tengok jeragat makin banyak tumbuh kat muka.

Dah cuba macam-macam produk kecantikan tapi takde perubahan. Jangan susah hati. Jom kami kongsikan tips hilangkan jeragat. Yang last tu dijamin berkesan.

1. Sinaran matahari

Kalau kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Bukanlah kami kata tak boleh keluar rumah langsung. Boleh. Tapi pastikan pakai pelindung uv tiap kali keluar rumah. Jangan lupa pakai pelembab dan sunscreen.

2. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur

Jangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih. Orang yang serius menjaga kecantikan kulit sangat pantang kalau tidur dalam keadaan muka berminyak atau masih ada makeup. Jangan diamalkan kalau nak muka sentiasa cantik berseri dan bebas dari masalah jeragat.

Nak cantik tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli produk kecantikan mahal. Formulanya mudah sahaja: RAJIN.

3. Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya

Elakkan sama sekali produk kecantikan yang ada bahan kimia merbahaya & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia dibanjiri produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka.

Mula-mula pakai kulit jadi cantik kononnya flawless tapi lama-kelamaan bahan merbahaya yang meresap ke dalam kulit akan menyebabkan kerosakan kekal. Bila berhenti guna produk tersebut, habis muka jadi rosak.

Keluar bintik hitam jeragat kat muka. Besar-besar pulak tu. Segan nak keluar rumah berjumpa orang. Lagi malang kalau berlaku kerosakan pada hati dan buah pinggang atau disahkan mengidap kanser kulit.

4. Lemon

Asid & Vitamin C dalam lemon mampu membantu hilangkan jeragat dengan cepat. Caranya, potong lemon & sapukan ke muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Tapi kami nak pesan awal-awal. Kalau kulit anda jenis sensitif, petua ni tak sesuai untuk diamalkan. Lemon kan berasid, nanti pedih. Habis merah muka.

Sekali lagi, oleh kerana sifat lemon yang berasid, adalah tidak sesuai untuk diamalkan dengan kerap. Seminggu sekali diselang-seli dengan cuka epal adalah kekerapan yang terbaik. 

5. Apple cider vinegar (cuka epal)

Petua ni dah biasa kita dengar. Bangun tidur, cuci muka dengan apple cider vinegar. Caranya: larutkan satu sudu kecil cuka epal dengan air secukupnya, cuci muka. Bilas. Menurut bacaan kami, petua ni sememangnya berkesan untuk masalah jeragat, tapi ingat! Jangan diamalkan selalu.

Kenapa? Kerana cuka epal bersifat asid. Penggunaan kerap boleh menyebabkan hakisan pada kulit muka. Maka, jangan amalkan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Dan jangan lupa untuk larutkan terlebih dahulu sebelum sapu ke wajah.

6. Masker Kunyit

Petua yang ni merupakan favourite kami. Campurkan satu sudu kecil serbuk kunyit dengan satu sudu kecil tepung beras bersama juice lemon dan madu. Kacau hingga sebati. Jangan terlalu cair, pastikan sedang elok untuk lekat dimuka. Sapukan kewajah sebagai masker dan biarkan selama 15 minit.  

Cukup 15 minit, scrub wajah dan bilas sehingga bersih. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan rasa perubahannya. Jeragat dimuka akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang. Apa yang paling best, ia menghalang pertumbuhan jeragat baru.

7. Diet Pemakanan Sihat

Seperti yang dijanjikan, ini adalah cara paling berkesan untuk menghilangkan jeragat, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

Kami sarankan untuk anda mengambil supplement tambahan yang mengandungi kolagen. Lúminara mengandungi collagen yang di lengkapi dengan ekstrak kunyit, lemon dan madu - FORMULASI YANG TERBUKTI BERKESAN untuk menghilangkan jeragat. Dengan mengamalkan Lúminara dengan rutin, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, putih dan glowing.  

Itulah dia 7 tips hilangkan jeragat yang boleh anda cuba. Tips terakhir tu dijamin berkesan jika anda amalkan secara konsisten. Lepas ni nak keluar rumah tak perlu susah-payah nak bermakeup tebal lagi. Tengok cermin pun rasa bahagia.



Older post Newer post