Cart 0

AWAS! Pengambilan Gula Berlebihan

GULA TAMBAHAN YANG BERLEBIHAN ADALAH TIDAK BAGUS UNTUK KESIHATAN ANDA.

Gula boleh didapati di dalam semua jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Gula semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan dan roti boleh “dipecahkan” di dalam sistem pencernaan anda dari masa ke semasa, dan ianya tidak merbahaya kerana tidak mengejutkan sistem anda dengan gula ringkas.

Sebaliknya, gula tambahan yang digunakan sebagai perisa atau sebagai pengawet mampu memberi kesan buruk terhadap anda.

Apakah kesan-kesan pengambilan gula yang terlalu banyak?

Terdapat beberapa kesan yang sangat ketara dalam pengambilan gula berlebihan. Oleh kerana saya bukanlah seorang ahli perubatan profesional, saya tidak akan mengutarakan apa-apa yang berkaitan dengan diabetes.


1. Boleh menyebabkan pertambahan berat badan

Ia merupakan kesan yang sedia diketahui secara umum dan jelas. Walau bagaimanapun, kesan gula yang memudaratkan boleh menjadi lebih berbahaya daripada apa yang masyarakat ketahui. Fruktosa, salah satu gula mudah seperti yang ditemui dalam High-fructose corn syrup (biasanya ditemui dalam minuman ringan), telah dipasarkan sebagai pilihan yang lebih selamat untuk kesan yang rendah pada paras gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, fruktosa boleh menjejaskan bahagian otak anda yang memberitahu/mengesan adakah anda lapar atau tidak. Dengan cara ini, pengambilan fruktosa bukan sahaja memberi anda kosong kalori tetapi ia juga menyebabkan anda untuk mengambil lebih banyak kalori kerana anda berupaya untuk makan lebih banyak walaupun telah mengambil jumlah kalori yang sudah tinggi.

2. Jerawat makin bertambah dan peningkatan penuaan kulit

Makanan manis dapat mempercepatkan peningkatan gula dalam darah dan tahap insulin. Ini akan menyebabkan peningkatan rembesan androgen, penghasilan minyak serta keradangan dan perkara ini memainkan peranan dalam pertumbuhan jerawat.

Juga, Advance Glycation End products (AGEs) terbentuk apabila gula bertindak dengan protein dalam badan anda. AGEs disyaki menjadi pemangkin utama di sebalik pembentukan kedut. Tidak perlu dikatakan, ini hanya menjadi lebih teruk dengan tahap gula dalam darah yang lebih tinggi.

3. Boleh menyebabkan keletihan 

Terdapat ramai yang bersalah (termasuk saya) untuk sekali-sekala mengidam gula sebagai kudap-kudap pada hari yang agak “perlahan”. Walau bagaimanapun, apabila gula yang diambil berbanding diet yang lebih sihat, ia biasanya boleh mengakibatkan~ 60 minit selepas makan makanan tinggi gula di mana paras gula dalam darah akan turun secara mendadak..

4. Meningkatkan risiko penyakit Fatty Liver Disease (hati berlemak)

Gula berlebihan akan berubah dan disimpan di dalam hati sebagai “glycogen”. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak, ia sebaliknya disimpan sebagai lemak di dalam hati.

Bagaimana saya boleh mengelakkan masalah itu?

Tidak ada cara yang mudah untuk hanya membuang semua gula tambahan dalam diet anda. Selain itu, diet tanpa sebarang gula secara mengejut boleh menjadi lebih berisiko kerana berpotensi mengganggu proses penerimaan tanpa gula terhadap badan.

Walau bagaimanapun, haruslah diingatkan anda mampu mengurangkan pengambilan gula  dari masa ke semasa. Anda perlu tahu tentang kandungan gula yang terdapat dalam makanan ringan dan minuman yang diambil untuk mengawal pengambilan gula. Sentiasa membaca fakta pemakanan yang terdapat pada pembalut makanan yang diambil. Kebanyakan item makanan mempunyai rujukan pengambilan harian.

Ianya tidaklah dikhususkan secara peribadi untuk kecergasan atau jantina anda, tetapi ia adalah bagus untuk anda tahu jumlah gula atau kalori diambil.

Terdapat juga alternatif yang mempunyai kesan sifar gula, dengan penggantian 0 kalori seperti stevia yang sangat menarik. Madu mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dan manis berbanding gula tetapi mempunyai kesan yang lebih rendah terhadap Indeks glikemik anda, ini menjadikannya pilihan yang baik untuk di ambil.





Older post Newer post