Cart 0

Nak Kulit Putih Gebu Secara Smulajadi dan Berkesan, Ikut 5 Petua Mudah Ini

Setiap orang pasti mendambakan kulit yang cerah, putih, mulus dan halus. Banyak sebenarnya bahan semula jadi yang berkesan untuk mencerahkan kulit. Bahan-bahan semula jadi lebih selamat dan mudah untuk diperoleh. 

Kulit pada tubuh tentunya memiliki tekstur yang berbeza-beza. Pada bahagian wajah, kulitnya pasti lebih sensitif jika nak dibandingkan dengan kulit di bahagian tubuh yang lain. Oleh kerana itu, cara penjagaannya juga berbeza.

Jika ingin mendapatkan kulit yang cerah dan gebu, anda boleh amalkan petua-petua mudah dan dilakukan secara konsisten, pasti hasilnya memuaskan.

Sengkuang

Untuk menghaluskan dan mencerahkan tubuh, anda boleh menggunakan sengkuang. Ambil sengkuang berukuran sederhana dan kisar halus. Oleskan bahan yang dikisar tadi sebagai lilir sebelum anda mandi ke seluruh tubuh secara rata lalu biarkan sekitar selama 15 minit. Setelah itu, mandi seperti biasa untuk membersihkan tubuh anda daripada lulur sengkuang. Selain efektif memutihkan kulit badan, sengkuang juga dapat menghaluskan kulit jika anda melakukannya secara rutin. 

Lemon

Lemon, buah yang kaya dengan Vitamin C ini juga membantu untuk mencerahkan kulit tubuh. Belah lemon menjadi dua, lalu gunakan sisi potongan lemon untuk dioleskan terus ke tubuh. Lakukan cara ini setiap kali anda mandi. Jika anda miliki jenis kulit yang sensitif, elakan melakukan petua ini. Minyak pati pada lemon dapat menimbulkan kegatalan bagi yang berkulit sensitif. 

Cara alternatif untuk mendapat khasiat Vitamin C adalah daripada meminum Lúminara yang mengandungi kandungan Vitamin C seperti 7 biji lemon. Dalam 14 hari meminum Lúminara, anda akan dapat kulit yang lebih cerah, putih, mulus dan halus di seluruh tubuh. 

Copy of webpage slider (1).png


Yogurt

Yogurt dapat dipakai sebagai masker atau lulur jika anda ingin mencerahkan kulit wajah. Agar hasilnya lebih memuaskan, tambahkan sedikit madu sebagai bahan campuran. Selain dapat mencerahkan kulit, yogurt juga dikatakan mampu mengembalikan kelembapan semula jadi pada kulit anda. Gunakan ramuan yogurt ini secara rutin. Oles pada kulit tubuh, lalu biarkan sekitar 10 minit. Kemudian, bilas kulit anda hingga benar-benar bersih.

Avokado

Buah yang enak untuk dibuat jus minuman ini juga dapat dimanfaatkan untuk mencerahkan kulit. Sediakan dua atau tiga buah. Pilih buah yang sudah matang dan masih segar. Kemidian haluskan buah avokado sama ada ditumbuk atau dikisar. Setiap kali anda mandi, lulurkan buah avokado ini secara rutin. Oleskan lulur avokado ini secara rata pada tubuh. Kemudian biarkan seketika selama 15 minit. Jika dilakukan dengan rutin, kulit anda boleh menjadi lebih putih.

Kunyit

Menurut ahli kecantikan, dalam bahan semula jadi kunyit mengandungi zat curcumin yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit. Pasti anda pernah tertanya-tanya, dengan warna kunyit yang kekuningan dapatkah kunyit boleh mencerahkan kulit? Tentu sekali boleh kerana pigmen kuning daripada kunyit berperanan untuk mencerahkan kulit tubuh anda.

Cara terbaik untuk mendapatkan khasiat kunyit adalah daripada pemakanan dan bukan daripada menyapu di badan. Lúminara mengandungi zat curcumin yang mencukupi untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih diseluruh badan. Dengan mengamalkan Lúminara dengan rutin, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, putih dan glowing. 

webpage slider (17).png



Older post Newer post